03-07-2008: MYeCASH secara rasmi akan menggantikan MyMode di ATM Maybank, mulai 5 Julai 2008. Jumlah maksimum wang bagi proses transaksi adalah RM200 buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Harap maklum. Harap maklum.

09-06-2008: MyEcash HQ akan mula beroperasi pada 2 Jun 2008. Nombor panggilan tol percuma bagi MyEcash HQ adalah 1-300-888-939. Bermula 2 Jun, ejen boleh datang ke alamat C6-G, Dataran Palma Ampang, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor untuk sebarang pertanyaan atau masalah tentang Myecash atau MyMode. Mesyuarat setiap selasa masih kekal di C1-1.

14-05-2008: PERINGATAN KEPADA PARA EJEN, sistem MYeCASH akan digunakan mulai 15hb Mei 2008, 12:00am. Seperti yang dinyatakan, perlaksanaan sistem tersebut TIDAK AKAN mempengaruhi bonus-bonus ejen, Akan tetapi, ejen dikehendaki membalas SMS jemputan bagi mengaktifkan sistem ini dan terus berniaga dengan MyMode. Anda akan menerima SMS jemputan seperti di bawah:

To purchase, pls activate your MYeCASH. Reply 'pin MYeCASH YES'. T&C apply. MyP will be auto-transferred to MYeCASH for FREE. Bal:1734.56MyP

Anda perlu membalas SMS: pin MYeCASH YES

Bagi maklumat selanjutnya, sila rujuk kepada MYeCASH Overview disini dan MYeCASH FAQ disini. Harap Maklum.

09-05-2008: PERTUKARAN NAMA SYARIKAT: Buat pengetahuan para ejen, nama syarikat telah ditukar daripada Asia Mobile Commerce Priveilege (M) Sdn Bhd ke Advanced Mobile Services & Solutions Sdn Bhd (AMOSS) (618758-H) berefektif sejak 21 Mac 2008. Oleh yang demikian, ejen hendaklah menggunakan nama baru syarikat iaitu ADVANCED MOBILE SERVICES & SOLUTIONS SDN BHD ketika melakukan sebarang transaksi di bank-bank yang berkaitan. Harap Maklum.

04-10-2007: Untuk senarai GATEWAY dan arahan SMS terkini sila rujuk disini