|
Soalan-soalan
Dari Ahli Percuma (Bukan Agent Mymode)
Soalan-soalan Lazim Dari Agent
Mymode
Soalan-soalan
Dari Ahli Percuma (Bukan Agent Mymode)
1. Siapakah PrepaidMymode.com ini?
Prepaidmymode.com adalah sebuah sistem 3rd party Mymode yang di asaskan oleh En.
Mian Razak bagi membantu mereka yang ingin menceburi perniagaan
SMS Prepaid Mymode. Sistem ini dilengkapi dengan website replika
percuma, Sistem Randomizer bagi pelawat yang datang tanpa penaja/referral
ID, Sistem matrix downline, dan lain-lain lagi. Kemudahan ini tidak
akan anda dapati dari Syarikat Mymode sebaliknya hanya sekiranya
anda berdaftar di bawah Prepaidmymode.com sahaja.
Back
to top
2. Apakah MyMode ini?
MyMode
adalah sebuah online portal yang dikendalikan oleh sebuah syarikat
tempatan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd yang
beribu pejabat di Ampang, Selangor (Kini dikendalikan oleh Advanced Mobile Services & Solutions Sdn Bhd AMOSS).
Mymode merupakan sebuah perniagaan berasaskan sistem mesej singkat (SMS) untuk produk-produk seperti reload prepaid, barangan kecantikan, produk kesihatan dan lain-lainyang kini merupakan pelopor sistem perniagaan berkonsepkan M-Commerce Business dalam rangka menjadikan Handphone anda sebagai medium utama kepada pelbagai perkara seperti transaksi kewangan, perniagaan, dan lain-lain lagi. Setiap urus niaga dalam Mymode hanya menggunakan SMS sahaja.
Back
to top
3. Apakah
teras perniagaan MyMode?
MyMode
mengamalkan konsep M-Commerce Business dalam rangka menjadikan Handphone anda sebagai medium utama kepada pelbagai perkara seperti transaksi kewangan, perniagaan, dan lain-lain lagi dalam bidang perkhidmatan mobile. Sebagai ejen, anda boleh menjual
produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan
stok. Produk yang ditawarkan adalah:
Kad-kad
kad-kad reload,
kad IDD/STD, iTalk, ring-ring card dan lain-lain produk (rujuk bahagian Produk)
Back
to top
4. Saya
bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan
ini, bagaimanakah saya mengurus perniagaan ini?
Ramai
daripada mereka yang menjalankan perniagaan ini bekerja atau belajar
sepenuh masa. Ini bukanlah penghalang kepada anda untuk berjaya
kerana konsep mobile perniagaan ini membolehkan anda memguruskan
perniagaan secara sambilan. Ingat, tiada barangan fizikal yang perlu
diangkut dan disimpan di gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan,
tidak perlu melawat rumah-ke rumah.
Permintaan
kad reload memang sedia wujud dan ia merupakan satu keperluan untuk
pemilik telefon bimbit. Malah anda tidak perlu bersusah payah membuat
produk demo untuk meyakinkan bakal pelanggan anda!
Fikirkan,
mengapa anda ingin ke kedai telefon untuk reload sedangkan anda
boleh reload telefon anda sendiri dan sekaligus menambah pendapatan?
Sebagai ejen anda akan menikmati penjimatan kad prepaid daripada
harga pasaran. Jika anda menjual dan menaja, pendapatan anda akan
bertambah berlipat kali ganda.
Back
to top
5. Bagaimanakah
hendak mendaftar menjadi ahli PrepaidMymode.com ini?
Anda
boleh menjadi ahli PrepaidMymode.com secara percuma dengan mengisi
borang Pendaftaran Keahlian Percuma kami di
sini. Untuk keahlian percuma, anda tidak perlu membayar apa-apa yuran. Hanya perlu mengisi borang bagi mendapatkan katanama (UserID) dan katalaluan (password) sahaja.
Dengan UserID dan Password ini anda boleh Login ke ruangan ahli dan mengkaji serta mendalami dengan lebih lanjut mengenai sistem pemasaran kami, cara pengiraan keuntungan dan lain-lain. Dan sekiranya anda ingin mengUpgrade keahlian anda kepada Agent Mymode, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM65 pada bila-bila masa dengan menekan menu Upgrade VIP.
Back
to top
6. Bagaimanakah
hendak mengUpgrade keahlian dan menjadi Agent Mymode?
Untuk
mengUpgrade keahlian kepada Agent Mymode, sila rujuk penerangan
lengkap tentang cara-cara pembayaran yuran keahlian Mymode sebanyak
RM65 di menu UPGRADE VIP.
Back
to top
7.
Berapa banyakkah pendapatan yang boleh saya perolehi melalui MyMode?
Pendapatan
yang boleh anda perolehi tidak terhad. Lebih banyak anda jual dan
lebih ramai ejen dibawah anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda.
Ingat, konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan anda
mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat dibawah anda!
Bina
rangkaian anda dengan sistem canggih yang telah kami bangunkan untuk
anda ini.
Back
to top
8.
Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan
Post paid, adakah saya masih boleh menyertainya?
Sudah
tentu, kerana anda masih berpeluang menjual kad prepaid tersebut
kepada mereka yang menggunakan prepaid atau dengan mendaftarkan
agent baru. Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari
penjualaan dan penajaan anda termasuk bonus overriding hasil dari
pembelian produk daripada downline anda. Cuma anda sendiri tidak
berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar
bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja bezanya.
Back
to top
9. Adakah
perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?
Mymode
diasaskan oleh sebuah syarikat yang amat kukuh iaitu Asia Mobile
Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (Kini dikendalikan oleh Advanced Mobile Services & Solutions Sdn Bhd AMOSS) Telah diasaskan semenjak 2003
dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia.
MyMode
telah mempunyai lebih daripada 35,000 ejen di Malaysia untuk tahun
2004 dan sehingga Januari 2007 ia telah meningkat kepada 180,000 orang!
Jadi anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat MyMode.
MyMode mengambil segala langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan
data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Back
to top
Soalan-soalan
Lazim Dari Agent Mymode
1.
Apakah yang saya perlu lakukan setelah menjadi ahli?
Anda
perlu login ke LAMAN RASMI MYMODE dengan menggunakan :
Mobile No: (Nombor telefon bimbit anda yang anda gunakan
dalam pendaftaran)
Password: (Nombor PIN empat angka yang diberi oleh
MyMode melalui SMS)
Pergi ke bahagian 'Edit Profile' untuk mengemaskini maklumat
mengenai diri anda seperti nama, alamat, no telefon, akaun bank
untuk pembayaran bonus dan sebagainya.
Kemudian, buka
website www.prepaidmymode.com dan login ke ruangan ahli menggunakan UserID dan Password anda, Klick menu STARTERKIT. Download Buku Panduan Guideline Lengkap Mymode dan lain-lain dokumen sokongan yang telah kami sediakan. Terdapat juga tips-tips, simulation pengiraan bonus, pelan pemasaran dan lain-lain lagi. Perlu di ingat, Starterkit ini hanya diberikan kepada Agent Mymode yang berdaftar dibawah group kami sahaja.
Back
to top
2. Mengapakah
perlu membayar yuran keahlian (RM65) tersebut ke akaun bank penaja
dan bukannya kepada Syarikat Advance Mobile Solutions?
Setiap agent baru memerlukan
penaja/upline. Hanya Agent Mymode yang telah berdaftar sahaja boleh
mendaftarkan anda. Pendaftaran dilakukan hanya dengan menggunakan
arahan SMS ke server gateway Mymode yang beroperasi 24 jam. Pihak
syarikat akan memotong kos yuran pendaftaran sebanyak RM65 tersebut
secara automatik dari kredit Mymode penaja tadi. Kerana itu yuran
keahlian anda perlu dibayar kepada beliau.
Di
PrepaidMymode.com, semua urusan pendaftaran akan dilakukan melalui 2 cara iaitu samaada melalui UPLINE atau
Admin PrepaidMymode sendiri. Kami telah menyediakan 2 akaun untuk tujuan pembayaran, dan
kami akan daftarkan anda kepada ID referral/penaja yang membawa
anda ke laman web ini sejurus proses pengesahan kemasukan wang dibuat.
Kami
telah membangunkan satu sistem berangkai untuk memantau keahlian
baru yang berdaftar dengan kami. Setiap click dari referral ID web
replika anda akan disimpan kedalam cache komputer berkenaan selama
2 minggu. Dan sekiranya pelawat memasuki website PrepaidMymode tanpa
penaja/referral, Sistem kami secara automatik akan memilih salah
seorang ahli untuk dijadikan penaja beliau secara rawak (random).
Jadi dengan menyertai group kami kemungkinan untuk anda mendapat
downline amat tinggi!!
Back
to top
3. Adakah saya perlu membuka akaun Maybank untuk
berurus niaga dengan syarikat?
Tidak,
anda boleh menggunakan akaun bank sedia ada. Jika anda tidak mempunyai
akaun bank, maka anda perlulah membuka akaun bank baru di mana-mana
bank yang anda suka. Dan urusan dengan syarikat masih boleh dibuat
dengan menggunakan ATM Machine. Kelebihan kepada pemegang kad ATM
Maybank Kawanku, kerana menu untuk menambah prepaid Mymode telah
dimasukkan kedalam sistem ATM berkenaan.
Maklumat
akaun bank anda boleh di masukkan ke dalam akaun MyMode anda dengan
login ke LAMAN WEB MYMODE.
Bank akaun diperlukan untuk tujuan pemindahan prepaid point dari
akaun MyMode ke dalam akaun bank anda dalam bentuk wang tunai.
Back
to top
4. Apakah
produk-produk yang boleh saya jual?
Anda
boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai
dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah:
Kad-kad
prepaid dan kad-kad reload, kad IDD/STD,
Topup Jaring, Tmnet Prepaid, dan bermacam lagi.
Sila
rujuk bahagian Produk untuk senarai produk yang boleh anda jual.
Back
to top
5. Bagaimanakah pembelian
dan penghantaran produk dilakukan?
Pembelian
dan penghantaran semuanya dilakukan melalui arahan SMS. Anda boleh
menhantar arahan SMS pada bila-bila masa ke server Gateway Mymode
yang beroperasi 24/7. Anda akan mendapat nombor PIN Top-Up 14 digit
yang kebiasaannya terdapat pada kad guris prepaid topup dalam bentuk
SMS juga samada ke Handphone anda atau ke Handphone pelanggan berdasarkan
arahan SMS yang anda masukkan.
Jika tidak ada kesesakan
atau gangguan talian, penghantaran produk melalui SMS dilakukan
hanya dalam 10 ke 30 saat!
Back
to top
6. Berapakah
harga prepaid yang dikenakan bagi mereka yang telah menjadi Agent
Mymode?
Anda
tetap akan dikenakan harga pasaran. Contohnya jika anda membeli
prepaid Maxis RM60, company tetap menolak RM60 daripada credit Mymode
anda. Bezanya setiap produk ini tadi mempunya nilai PV masing-masing.
Sebagai contoh, PV bagi prepaid Top-Up Maxis 60 adalah sebanyak
RM3.30. Jumlah inilah yang akan dikumpulkan dan dikembalikan semula
kedalam credit mymode anda dalam bentuk bonus pada setiap minggu
mengikut pengiraan tertentu sepertimana yang terdapat dalam Pelan
Pemasaran Mymode. Sila rujuk bahagian Untung Runcit untuk keterangan
lanjut.
Back
to top
7. Apakah yang
saya perlu jika saya hendak reload telefon bimbit saya, rakan saya
atau pelanggan saya?
Pastikan
baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Setiap kali
anda menghantar arahan SMS kepada MyMode untuk reload, jumlah yang
anda reload (harga kad prepaid yang anda ingin beli) akan ditolak
dari baki akaun MyMode anda (bukan akaun bank atau credit prepaid
handphone). Dalam masa yang sama, anda akan mendapat komisen hasil
daripada pembelian ini yang dimasukkan terus ke dalam akaun MyMode
anda pada setiap minggu. Untuk menambah nilai dalam akaun MyMode
anda sila rujuk soalan
13 dibawah.
Anda
perlu menghantar tempahan melalui arahan SMS seperti berikut:
Arahan
SMS: no_PIN_anda<jarak>kod produk<jarak>jumlah<jarak>to<jarak>nombor telefon pembelii
Contoh
untuk membeli prepaid eload CELCOM 30: 1234 C 30 to 0123456789
Hantar
ke: 0172152133 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana
gateway mymode.
Untuk kod produk, sila rujuk kepada bahagianProduk .
Setelah
menghantar arahan ini, anda akan menerima jawapan dari MyMode beserta
no PIN Top-up dan arahan bagaimana untuk menambah nilai kredit telefon
bimbit berkenaan
.
Back
to top
8. Bagaimanakah
cara pelanggan saya membayar saya jika mereka ingin top up telefon
bimbit mereka melalui saya?
Mereka
boleh membayar secara tunai kepada anda atau mereka boleh bank in
ke akaun bank anda (bukan akaun MyMode) atau apa saja cara asalkan
anda menerima wang tersebut. Secara tidak langsung anda tidak perlu
pasal bonus yang diberi dalam bentuk credit Mymode kerana urus niaga
kita dengan customer adalah secara tunai.
Back
to top
9. Apakah
yang saya perlu jika saya ingin menaja Agent baru?
Untuk
menaja anda hanya perlu menghantar arahan SMS kepada MyMode. Sila
rujuk bahagian Arahan
SMS untuk keterangan lanjut. Sebelum menaja pastikan baki
mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Ini kerana setiap
kali anda menaja, RM65 akan ditolak dari baki akaun MyMode anda.
Jadi
tajaan anda perlu membayar RM65 kepada anda dahulu dan anda masukkan
jumlah ini kedalam akaun MyMode anda. Ejen baru akan mendapat nombor
PIN dari MyMode melalui SMS dan penyata baki RM11, tertera dalam
akaun MyMode ejen baru untuk modal permulaan.
Anda
juga mendapat komisen penajaan sebanyak RM10.00 yang akan di masukkan
terus kedalam akaun Mymode anda.
.
Back
to top
10. Jika
saya tidak mempunyai downline atau tidak menaja, adakah saya tidak
akan mendapat apa-apa bonus?
Anda
masih mendapat bonus melalui penggunaan sendiri dan penjualan prepaid.
Tetapi jika anda ingin mendapatkan pendapatan hingga ribuan ringgit,
anda perlu menaja. Lebih ramai downline anda lebih besarlah ganjaran
kewangan yang anda terima. Dengan downline yang ramai akan menerima
pelbagai bonus seperti Personel Retail Discount, Overriding Bonus,
Unilevel Bonus, CM Club Bonus, mobilpreneur incentive, leadership
incentive dan banyak lagi.
Untuk
mendapat pulangan yang lumayan sebenarnya tidaklah terletak kepada
berapa banyak anda mampu jual atau berapa banyak prepaid yang anda
gunakan. Kerana keuntungan jualan runcit samalah seperti anda menjual
nasi lemak di pasar malam (single Level Marketing).
Kunci
kepada pulangan dan pendapatan bonus bulanan sehingga 4 ke 5 angka
adalah terletak kepada tajaan. Ini kerana keuntungan runcit tadi
apabila ditambah dengan elaun tajaan, digandakan pula dengan bonus
star CM, dikala itu anda tidak perlu lagi bersusah-susah di pejabat.
Sebaliknya hanya goyang kaki dirumah. Jadi fikirkanlah samada anda
telah cukup selesa dengan keadaan anda sekarang!
Back
to top
11.
Bilakah pemberian komisen dan bonus kepada para ejen dilakukan?
MyMode
akan membayar komisen dan bonus setiap hari Khamis. Ini bermakna
pembayaran dilakukan 4 kali dalam sebulan. Walaupun bonus ini diberikan
dalam bentuk credit Mymode, namun anda juga boleh mengluarkan wang
tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan
ke akaun bank anda. Pastikan anda maklumat akaun bank anda kemaskini
dan tepat. Sila login ke ruangan ahli di portal rasmi MyMode.
Back
to top
12. Bagaimanakah
pembayaran bonus dilakukan? Adakah hanya dalam bentuk credit prepaid
atau boleh di CASH kan?
Bonus
diberikan dalam bentuk credit Mymode. Anda boleh menggunakan credit
ini untuk tujuan pembelian Kad Prepaid atau untuk tujuan pendaftaran
ahli baru. Dengan urus niaga tunai dengan pelanggan simboliknya
bonus tadi akan menjadi wang tunai juga ke tangan anda.
Walau bagaimanapun
sekiranya nilai ini terlalu banyak contohnya bonus mingguan anda
telah mencecah 3-4 ratus seminggu, anda juga boleh mengluarkan wang
tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan
ke akaun bank anda.
Back
to top
13. Bagaimanakah cara
untuk memasukkan wang ke dalam akaun MyMode saya untuk dijadikan
modal rolling?
- Masukkan
wang ke akaun bank akauntan prepaidmymode:
Bank: MayBank
Berhad
Nama: NURHAYATI BINTI ABDUL GHANI
(sila rujuk starterkit prepaidmymode)
- Hantar
arahan SMS ini untuk memberi tahu MyMode:
Arahan SMS: PIN<jarak>bank<jarak>mbb<jarak>tarikh<jarak>masa<jarak> jumlah_yang_dimasukkan(tanpa perkataan 'RM')
Contoh: 1234 bank mbb 0101 143209 500
Hantar ke: 0127903506
Nota:
Format tarikh (HHBB) dimana H - hari, B - bulan
Format masa 24jam (jjmmss) dimana j - jam, m - minit, s - saat
Sekiranya anda menggunakan Cash Deposit, Waktu yang ditunjukkan
pada resit hanya Jam:Minit maka anda terpaksa menambahkan 00 dibelakangnya
untuk bacaan saat.
Contoh bacaan pada resit 14:24 (pukul 2:24 petang)
Isikan seperti ini: 142400
Untuk
arahan-arahan SMS yang lain sila rujuk ke bahagian Agent
Nota:
- Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2005, jumlah minimum yang dibenarkan
untuk topup akaun MyMode ialah RM50 bagi satu-satu masa.
- Berkuatkuasa April 2006, Fungsi menambah nilai kredit Mymode telah
terdapat dalam service ATM Machine Maybank Kawanku.
- Jangan masukkan
wang ke akaun MyMode jika anda BELUM menjadi ejen!
Back
to top
14. Bagaimanakah
untuk mengeluarkan prepaid point (wang) dari akaun MyMode saya ke
akaun Bank saya?
Bonus
dan komisen anda dikira setiap hujung minggu dan dimasukkan terus
ke akaun Mymode anda dalam bentuk 'prepaid point' (1 prepaid point
= RM1.00). Anda boleh mengeluarkan bonus dan komisen terkumpul anda
dengan menghantar arahan SMS berikut:
Arahan
SMS: No_PIN_anda<jarak>cash<jarak>jumlah_yg_dikeluarkan(
tanpa perkataan 'RM')
Contoh: 1234 cash 1000
Hantar
ke: 0172152133 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana
gateway mymode
Setelah
arahan anda diterima, jumlah tersebut akan dipindahkan ke akaun
bank yang anda telah sediakan dalam profile anda. Jadi pastikan
maklumat bank anda adalah tepat.
*Setiap
pemindahan wang dari akaun MyMode anda ke akaun bank anda, akan
dikenakan bayaran sebanyak RM2 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah
ini akan ditolak terus dari jumlah yang anda keluarkan. Anda
akan diberitahu melalui SMS selepas wang tersebut masuk ke dalam
akaun bank anda.
Back
to top
15. Saya
terlupa No PIN Mymode saya. Apa yang harus saya lakukan?
Untuk
mendapatkan nombor PIN anda semula, anda perlu bantuan dari penaja
anda kerana dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar
arahan SMS kepada MyMode supaya menghantar no PIN anda itu melalui
SMS kepada telefon bimbit anda.
Arahannya: PIN<jarak>pin<jarak>to<jarak>NoHP_downline_yg_lupa_pin
Contoh: 1234 pin to 012345678
** Arahan diatas hanya boleh dilakukan oleh Direct Upline Mymode
anda sahaja. Jika anda tak tahu siapa Direct Upline Mymode anda,
sila hubungi pihak syarikat ditalian 03-42702703 (waktu pejabat).
Back
to top
16. Apakah
MyMode prepaid Points (MyP)?
MyMode Prepaid
Points atau MyPoints merupakan sistem pembayaran yang ditawarkan kepada
ejen MyMode. Para ejen boleh mengumpul dan menggunakan MyP untuk
membeli produk-produk MyMode secara online dan melalui SMS tanpa
menggunakan wang tunai atau kad kredit.
Setiap
kali anda menerima komisen atau bonus, anda akan dibayar dalam bentuk
PP. PP dikumpul didalam akaun MyMode anda yang boleh dipindahkan
ke akaun bank yang anda tetapkan. Anda juga boleh menambah nilai
PP anda dengan memasukkan wang ke akaun syarikat. Sila rujuk soalan
13 untuk keterangan lanjut. 1MyP bersamaan dengan RM 1.
Back
to top
17.
Telefon bimbit saya kehabisan kredit, bolehkah saya menggunakan
telefon lain kerana saya tetap menggunakan PIN yang sama dalam arahan
SMS saya kepada MyMode?
Tidak
boleh. Anda perlu menggunakan telefon bimbit yang telah didaftarkan
dengan MyMode. Jadi anda perlu tambah nilai telefon bimbit yang
kehabisan kredit itu sebelum anda boleh berurusan dengan MyMode.
Back
to top
18.
Berapa lamakah saya perlu tunggu jawapan dari MyMode apabila menghantar
arahan SMS?
Jika
tidak berlaku kesesakan talian, anda akan menerima jawapan SMS daripada
MyMode hanya dalam beberapa saat dan tidak lebih dari seminit.
Back
to top
19.
Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bagaimana untuk saya mendapatkan
keahlian di Prepaidmymode.com?
Maaf,
Kami membangunkan script ini hanya untuk kegunaan Agent Mymode yang
berdaftar dibawah Group PrepaidMymode sahaja. Sekiranya anda tetap menginginkan
service ini, maka kami menyarankan anda supaya mendaftar semula
dengan kami dengan menggunakan no HP yang baru.
Back
to top
20. Saya merupakan Agent
Mymode sebelum ini. Bolehkan saya mendaftar semula dengan menggunakan
nombor yang sama? Atau bagaimana jika saya ingin memindahkan keahlian
lama saya ke nombor lain supaya saya dapat gunakan nombor HP ini
untuk berdaftar sebagai downline PrepaidMymode.com?
Tidak
boleh. Satu no HP hanya boleh didaftarkan untuk satu akaun Mymode
sahaja. Memandangkan keahlian mymode adalah seumur hidup, maka ia
tidak boleh didaftarkan semula. Jika anda tetap ingin menggunakan
nombor lama untuk mendaftar semula dengan kami, pertama anda perlu
mengisi borang pertukaran nombor telefon untuk memindahkan keahlian
lama anda ke nombor yang lain dari ruangan ahli portal rasmi Mymode
dan kemudian fax kepada pihak syarikat.
Setelah proses tersebut selesai barulah nombor lama anda boleh didaftarkan
semula.
Back
to top
21. Bagaimanakan
cara untuk berjaya dalam program ini?
Terdapat
tiga cara utama untuk berjaya dalam MyMode iaitu melalui:
Mengguna
Produk
Anda boleh menggunakan produk MyMode sendiri dengan menambah nilai
(top up) telefon bimbit anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat
komisen, bukan tuan punya kedai.
Menjual
Pendapatan anda akan bertambah apabila anda menjual produk MyMode
kepada orang lain. Mereka akan top up telefon bimbit mereka melalui
anda, bukan lagi kedai telefon dan anda akan mendapat komisen.
Menaja (recommended)
Menaja ejen baru merupakan satu-satu cara yang membolehkan anda
melipat-gandakan pendapatan anda. Perniagaan berkonsep MLM ini akan
membolehkan anda memperolehi pendapatan sehingga ribuan ringgit
melalui penajaan. Ini kerana anda mendapat komisen bagi setiap produk
yang dijual atau setiap penajaan yang dilakukan oleh anda dan ejen
dibawah anda.
Back
to top
|